JAWI SANTUNI 80 IBU TUNGGAL
80 orang Ibu Tunggal Terima Manfaat Melalui Program Dakwah Bil Hal (Wanita Disantuni) Tahun 2020
22 Julai 2020 / 1 Zulhijjah 1441H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS) telah menganjurkan Program Dakwah Bil Hal (Wanita Disantuni) yang bertempat di Pusat Komuniti Gombak.
Program ini merupakan salah satu usaha untuk meneruskan usaha dakwah dengan mendekati golongan wanita asnaf secara berhikmah serta memupuk semangat ukhuwah dan persaudaraan sesama muslim. Seramai 80 orang penerima asnaf dari kalangan Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS) telah menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, cili kering, kunyit debu, ikan bilis dan milo. Sumbangan ini serba sedikit dapat membantu golongan ibu tunggal yang turut terjejas punca pendapatan ekoran pandemik covid-19.
Majlis penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI