PERHIMPUNAN BULANAN JAWI BERSAMA TKSUK JPM
24 Februari 2020 I 30 Jamadilakhir 1441H (Isnin) - Majlis Perhimpunan Bulanan JAWI Bersama YBhg. Dato' Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, telah diadakan pada 24 Februari 2020 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. YBhg. Dato' TKSUK JPM telah menyampaikan amanat beliau kepada semua warga JAWI pada majlis tersebut. Antara pengisian perhimpunan pada kali ini adalah ceramah Kempen Derma Darah, Penyampaian Anugerah kepada Kumpulan Inovasi dan Munsyi Jawi DBP, serta Anugerah Pekerja Contoh Bulanan. Turut diadakan acara Bacaan Ikrar Bebas Rasuah warga JAWI yang telah diketuai oleh Pengarah JAWI sendiri. Sebelum itu, Majlis Menandatangani Sijil Ikrar Bebas Rasuah di antara Pengarah JAWI dan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan telah disaksikan oleh Dato' TKSUK JPM. Disediakan Oleh: Unit Komunikasi Korporat
|