PROGRAM KELAS TAFAQQUH WANITA SIRI 1 BAGI TAHUN 2023
07 APRIL 2023M | 16 RAMADAN 1444H (JUMAAT) –Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Surau Al-Muhajirin dan Puspanita Cawangan Kecil JAWI telah menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Wanita Siri 1 Bagi Tahun 2023.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman agama kepada wanita berkaitan persoalan fiqh khususnya isu-isu yang timbul dalam bulan Ramadan. Kuliah disampaikan oleh Ustazah Suriani binti Ismail dengan membawa tajuk Qada' Puasa dan Fidyah. Seramai 50 orang pegawai & kakitangan wanita JAWI telah terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi nilai tambah kepada peserta dalam memantapkan ilmu agama.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan