JAWI ANJUR PROGRAM KEFAHAMAN REMAJA ISLAM BERSAMA SEKOLAH TUNAS BAKTI
21 SEPTEMBER 2022M | 24 SAFAR 1444H (RABU) – Telah berlangsung Program Kefahaman Remaja Islam Tahun 2022 anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah(BPD), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Sek.Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif utama program adalah sebagai salah satu alternatif mempergiatkan usaha-usaha penerapan nilai Islam kepada golongan remaja agar tidak ketinggalan dalam memahami, mendalami, menghayati nilai dan akhlak Islam dalam kehidupan seharian. Antara pengisian program ialah sesi ceramah yang menekankan aspek buli dan juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang telah dikendalikan oleh Ustaz Yahya Mahyudin bin Utoh Said, Naqib Masjid Jamek, Kuala Lumpur bersama fasilitator daripada Masjid Jamek dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Program ini telah disertai oleh 31 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sek.Tunas Bakti, Sg.Besi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Encik Hardy bin Abdul Jalil, Timbalan Pengetua Sek. Tunas Bakti, Sg. Besi, dan seterusnya ucapan perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadhil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mohamad bin Haji Abdullah, Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI |
||||