PROGRAM ZIARAH DAKWAH DAN SILATURRAHIM PENDUDUK SETEMPAT (DAKWAH BIL HAL) SEMPENA MAAL HIJRAH 1444H
26 JULAI 2022M | 26 ZULHIJAH 1443H (SELASA) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Surau Al-Falah, PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah Dan Silaturrahim Penduduk Setempat (Dakwah Bil Hal) sempena Ma’al Hijrah 1444H yang akan disambut pada 30 Julai 2022. Seramai 100 orang peserta dari kalangan penduduk PPR Hiliran Ampang yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini. Majlis dimulakan dengan Kuliah Maghrib yang bertajuk “Memaknai Hijrah di Awal Muharram” yang telah disampaikan oleh Ustaz Yahya Mahyuddin bin Utoh Said, Naqib Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Majlis seterusnya adalah ucapan daripada YBrs. Tuan Haji Ahmad Fauzi bin Murad, Pengerusi Surau Al-Falah, PPR Hiliran Ampang dan ucapan oleh Ustazah Siti Aa’isyah binti Abdul Raman, Penolong Pengarah Kanan, mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Sesi seterusnya adalah penyampaian sumbangan berupa barang keperluan asas yang telah disempurnakan oleh Puan Siti Aa’isyah binti Abdul Raman kepada 50 orang golongan asnaf yang terdiri dari kalangan penduduk PPR Hiliran Ampang. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t. dan sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi manfaat kepada penduduk setempat. Disediakan oleh, |