Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [AKTA 303] SIRI 1/2020

1a9

25 Ogos 2020 - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan program Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] Siri 1/2020 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Program ini telah disertai oleh lebih 70 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju‘ Orang Islam Wilayah Persekutuan, wakil jabatan berkaitan dan juga bahagian-bahagian lain di JAWI serta para pegawai dan kakitangan BPPK selaku urus setia.

Dalam kelas pada kali ini, penceramah jemputan iaitu YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menyambung perbahasan pada siri sebelum ini iaitu tentang Perintah untuk Membubarkan Perkahwinan atau untuk Fasakh (Seksyen 52, Akta 303) bermula dari subseksyen 1A sehingga subseksyen 4, dan juga tentang Anggapan Mati (Seksyen 53, Akta 303). YAA Dato’ Dr. juga turut menyentuh beberapa seksyen serta akta lain yang berkaitan di samping turut menjawab pelbagai kemusykilan yang timbul dalam kalangan para peserta berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian dan ruju‘ yang berlaku semasa menjalankan tugas.

Program ini sangat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir melalui kupasan yang terperinci dan penjelasan yang mudah difahami terhadap segala persoalan yang ditimbulkan berdasarkan hujah-hujah Syarak dan undang-undang yang berkuatkuasa. Program ini merupakan siri pertama bagi tahun 2020 dan wajar diteruskan lagi pada masa hadapan demi meningkatkan lagi kefahaman para peserta tentang Akta 303 yang merupakan asas utama dalam urusan perkahwinan, perceraian dan ruju‘ di Wilayah Persekutuan.

1a3 1a3
1a3 1a3
1a6 1a6
1a8 1a8

Disediakan oleh: Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI

Foto oleh: BPPK JAWI

Teks oleh: BPPK JAWI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar