PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) SEMPENA MAAL HIJRAH KE HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM)
PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) SEMPENA MAAL HIJRAH KE
HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM)
Pada 26 Ogos 2020 (Rabu), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui anjuran bersama Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dan Bahagian Pengurusan Masjid telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH Sempena Maal Hijrah ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar, JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit. Serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/wad bersama pihak JAWI sahaja.
Program ziarah RAMAH kali ini melibatkan 50 pesakit daripada Wad Bersalin 1A dan Wad Medikal 6G HCTM. Tujuan utama pelaksanaan program adalah menyantuni pesakit dan berkongsi rezeki serta menyemarakkan kecintaan dan penghayatan kepada agama Islam bersempena Maal Hijrah yang juga berkait rapat dengan pengertian penghijrahan seseorang Muslim kearah yang lebih baik serta terus sabar menghadapi ujian. Simbolik serahan sumbangan barangan telah disampaikan oleh YBrs. Encik Che Khalek bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI). Manakala, simbolik pemberian sumbangan tunai untuk pesakit disampaikan oleh YBrs. Encik Mohamad Faiz bin Sapiee @ Abd Razak, Ketua Imam dari Masjid An-Najihin daripada zon 5 mewakili YBrs. Pengarah JAWI.